Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 2 June 2013

Travelog Korea - Hari 8 (Part1) - Namdaemun, Insadong

Hari ni kitorang plan nak membeli belah cari souvenirs. So, bergeraklah kitorg ke Namdaemun. Menurut pembacaan menerusi blog-blog travelers, diorang menyarankan pergi ke sana pada waktu pagi dan weekdays, sebab pada waktu lain orang adalah tersangat padat. Namdaemun ni lebih kurang macam Petaling Street kat KL kot...macam-macam ada....beg, baju, seluar, cenderahati, makanan dan macam-macam la...dan apa yang menarik kat sini adalah kebanyakan peniaga-peniaganya boleh berbahasa Melayu...bila diorang nampak je orang yang bertudung, diorang akan terus je tanya Malaysia?? Bila diangguk, terus diorang cakap bahasa Melayu..Wahhh..tokojut eden..ingatkan dekat Mekah & Madinah je peniaga-peniaga boleh cakap Melayu...kat Korea pon ada juga yang pandai Melayu...kih3...nampak sangat ramai orang Malaysia pergi beli-belah kat situ kan..dalam dok terkejut tu nak tergelak pun ada juga dengan loghat dan gaya pertuturan diorg...mana taknya..kadang-kadang diorang ni suka suki hati diorang je bedal cakap..
 
"Apa khabar..."
 
"Assalamualaikum"
 
"Murah, murah, murah...kakak, ini murah, murah, murah..."
 
yang tak boleh blah nya diorang suka sangat sebut..
 
"Aku cinta kamu".....
 
Aigooo..Aigooo...diorang ni paham ke tidak apa makna tu..ahaha.. (-_-")
 
Ok back to our story...Kat Namdaemun ni, dia ada banyak sangat kedai..pening-pening jugala nak pusing cari barang...ada yang dalam bangunan, dan ada juga stall-stall kat luar...kitorang pilih untuk masuk tengok apa yang ada kat dalam bangunan tu. Nasib kitorg agak baik, sebab terjumpa satu booth ni murah juga la souvenirs dia...dan ahjumma tu pun pandai speaking Melayu...satu papan 4 keping fridge magnet around KRW5,000 -KRW6,000 kalo tak silap...10 pengetip kuku satu papan lebih kurang KRW7,000-KRW8,000...t-shirt Korea  satu KRW4,000 dan yang penting made in Korea okehh..bukan China...tapi sorry la yo, tiada gambar ketika di Namdaemun sebab dok ralit cari barang...
 
Lepas dah settle jalan-jalan area Namdaemun, walaupin pun tak berapa puas tetap juga la bergerak ke Insadong..Kat insadong kitorg jalan-jalan lagi cari barang walaupun tangan & beg dah penuh dengan barang, ada hati nak shopping lagi..Kat sini, diorg cakap banyak barang-barang craft & art yang murah-murah...so lets check it out...oh ye, di sini pon ada kedai yang jual souvenirs..murah juga,tapi kena pandai cari ye...
 





Isk...Isk..Isk...anak sapa la ni yang tersesat di negara asing...seriously, aku sangat tak selesa keluar berjalan-jalan pakai baju 4 lapis lagi-lagi dengan bulky jacket tuh...terbatas benor pergerakan aku yang 'ganas' ni ok...tapi nak buat macam mana kan temperature drop sampai negative darjah celcius kena la pakai mcm tu kalo tak, mau kejung...tengok tangan tu, penuh dengan barang-barang beli kat Namdaemun











Ketika di Insadong, sempat juga la kitorg cari hadiah kahwin untuk kawan kitorg. Hadiahnye adalah sebuah lukisan hand made dengan nama kitorg ditulis oleh owner salah sebuah kedai art di situ. Mula-mula dia nak jual dengan harga KRW30,000-KRW35,000 kot then kitorg bargain dapat la dalam KRW25,000..ok la kan...T-shirt Korea kat sini pun murah gak lagi-lagi yang warna merah tu..baju tu macam baju jersi tulis 'Korea Legend' dalam KRW5,000 sehelai.

Lepas dah habis shopping di Insadong, kitorg ingat nak terus pergi Myeongdong. Tapi dengan keadaan tangan yang penuh dengan barang-barang tak lalu aku nak pergi...kekwat sangatkan...hahaha...then kitorg memutuskan untuk balik je then esok baru decide samada nak pergi ke tak...sebab malam ni kitorg ada misi lain...jeng..jeng..jeng...

Tapi, sebelum balik ke hostel, memandangkan tak solat lagi kitorg pon plan pergi cari main tourist information centre. Menurut Kak Zarina (blogger budgettravel2korea), ada tempat solat kat Tourist Information Centre yang dekat dengan cheonggyecheon stream.

bersambung.....
 

5 comments:

  1. gambar yg ada lukisan banyak tu kawasan mana.. Kedainya di mana berhampiran subway stion line apa..

    ReplyDelete
  2. kedai lukisan tu kat mana.. subway line station mana

    ReplyDelete
  3. Hai anon, sorry lambat reply...kalo tak silap saya, kami naik subway turun di Angguk station Exit 6...jalan lebih kurang 100m then belok kiri...kalo tak silap satu barisan dengan HAE JONG HOSPITAL...sepanjang jalan tu ada kedai2 lukisan juga...

    ReplyDelete
  4. Salam..nak tnye ms kat insadong tue ade pergi x shopping mall dorg yg unik tue?yg dorg ckp xde tgga tp bl jln2 dalam mall tue tau2 dah smpi kt tingkat atas?

    ReplyDelete
  5. Kjaz Tyco: wslm. shopping mall yang mana ye? Ssamziegil mall ke? kalo yang tu, kitorg ada pegi tapi tak naik atas pun just jalan2 kat bawah je..boleh rujuk gambar no 5 dari atas

    ReplyDelete