Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday 23 October 2015

Travelog Padang - Bukittinggi, Indonesia: Hari 3 & 4: Hj Rosma Bukittinggi, Batu Sangkar, Istana Pagaruyung

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bukittinggi. Makanya kami perlu check out dari hotel dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Pagaruyung. Ini kerana di sebelah petang nanti kami akan terus dihantar ke Padang untuk penginapan berikutnya dan ambil flight balik di sebelah pagi keesokan harinya. Perjalanan pagi ini bermula dengan melawat Kantor Walikota Bukittinggi. Tak silap ini adalah tempat yang menempatkan pejabat-pejabat pembesar di Bukittinggi. Macam kat Putrajaya la kot. Ada bangunan-bangunan pejabat. 


Selepas ke kantor walikota, aku meminta Pak Khairul bawa kami ke kedai sulaman Hj Rosma. Tak sah sekiranya datang ke Bukittinggi kalau tak singgah ke sini. Hasil sulamannya sangat cantik. Tapi sayang duit dah habis, so tak dapat la nak memborong..huehuehue..




 Disini juga ditawarkan kelas menyulam dengan kadar bayaran 10 juta rupiah untuk 6 bulan dengan disediakan tempat tinggal. Sesiapa yang berminat boleh la try contact Hj Rosma ye.

 Mereka diajar menyulam menggunakan mesin jahit old school tu je..waahhh hebat2..

 Iols pon nak tumpang sekaki...hiks...

 Lepas tu kami dibawa ke tempat pelancongan lain iaitu Ikan Sakti Sungai Janiah.


 Tempat pemprosesan pisang salai. Yummmyyyss sedap wehs..




 Ini kami minum teh dari pokok rasberry kalau tak silap. Tempat ini namanya Tabek Patah kot..sorry la ye aku ingat-ingat lupa.

 Ini serbuk kopi yang lepas di grind.




 Istana Pagaruyung. 
Di sini kita boleh cuba baju tradisional Minangkabau dengan kadar bayaran 35,000 rupiah selama sejam kalau tak silap.


 Gigih kau bersimpuh di bawah pancaran matahari terik atas kepala dengan baju Minang yang tebal tu. Sumpah baju aku dah basah bermandi peluh waktu ni..

 Rombongan cik kiah nak balik rumah dah ye. Bapak berat benda alah atas kepala tu. 



Lepas dah bersiar-siar sekitar Pagaruyung, petang tu kami dihantar ke Padang. Kat Padang kami just pusing-pusing town dan beach kat situ je. Di Padang kami menginap di Havilla Maranatha Hotel. Pagi keesokan harinya, waktu Subuh tetibe aku rasa mual dan perut memulas ya amat. Aku muntah dan ceriberri...aku dah terkena food poisoning wehs...terus lembik dan rasa nak pengsan..aku rasa sebab semalam waktu petang tu kami ada singgah makan di restoran temi jalan kat Lembah Anai. Aku rasa air kat situ tak bersih kot. Serius tak lawak wehs perasaan ketika itu memang rasa nak pitam bagai. Nasib baik kawan aku paksa makan charcoal dan ubat diarrhea. Lega sikit. Tapi sampai je Malaysia terus aku demam panas. Huwaaaa...itu lah pengalaman aku keracunan di Indonesia. Tetibe rasa trauma dah nak pergi Indonesia lagi. huhuhu...
Ada sesetengah daripada kita mungkin pernah dengar mengenai bayaran yang dikenakan imigresen  di airport Indonesia kalau nak keluar dari Indonesia kan? Well sejak March tahun ni ke tahun lepas ntah, airport tax dah termasuk sekali dalam tiket Airasia ye. Waktu kami di airport Padang haritu  tiada apa-apa bayaran yang dikenakan ketika check-in flight balik Malaysia. Tapi tak tau la kalau time lain ada. Just standby je duit lebih. Mana la tau kot korang tak bernasib baik. huhuhu...

Sedikit tips:
1) Jika anda nak keluarkan duit di ATM boleh pergi ke BII atm utk Maybank manakala CIMB Niaga untuk CIMB.


Di bawah ini saya sertakan pakej yang ditawarkan Amali Galeri Hotel di Bukittinggi ye. Kalau berminat boleh contact mereka ye.. ^_^






0 comments:

Post a Comment