Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 20 October 2015

Travelog Padang - Bukittinggi, Indonesia: Hari 2 - Danau Maninjau, Kelok 44, Lawang Park, Musuem Buya Hamka

Hari kedua kami di Bukittinggi, Indonesia ni kami plan nak ke Danau Maninjau. Semalam kami ada bertanya kepada pihak hotel samada mereka ada menyediakan pakej untuk tour ke tidak. Mereka cakap ada. So, kami pun discuss la tempat-tempat yang ingin dilawati dan bayarannya. Kami ambil tour 2 hari iaitu pada hari kedua ni kami akan ke Danau Maninjau, Musuem Buya Hamka, Lawang Park, Sungai Landir dan makan di Restoran Batu Lambuik. Hari esok pula which is hari terakhir kitorg di Bukittinggi, kitorg plan nak ke Istana Pagar Ruying, Batu Sangkar dan ke tempat attraction yang lain hingga dihantar pulang ke Padang, Indonesia pada sebelah petangnya. Harga untuk keseluruhan tour adalah RM120/pax tak termasuk makan untuk 2 hari. 

 Complimentary breakfast yang disediakan pihak hotel.

 Hujung sebelah kiri tu pak supir kami, Pak Khairul.

 Tour kami start pukul 8.30 pagi. Pagi-pagi di Bukittinggi ni sangat nyaman dan sejuk.. siap berkabus lagi..kebetulan pulak pagi2 buta tadi hujan turun..pergh..melingkar dalam selimut pun sedap gak ni..hehe

 Kami singgah di perusahaan kecil penduduk kampung yang menghasilkan produk berasaskan silver. Boleh dikatakan agak murah gak la harga yang ditawarkan. 

 Ini kedainya. Well ini kedai campur rumah penduduk itu sendiri.
 Pemandangan di Sungai Landir. Tak tahu kenapa nama Sungai Landir padahal kat sini tempat yang berbukit. Ahahaa...

 Cantik tempatnya...hijau je..
Pemandangan Danau Maninjau dari Puncak Lawang. Mula-mula sampai sini berkabus penuh..tak nampak pun tasik kat bawah tu..so kitorg pun tunggu je la sambil shopping kat atas ni..shopping?? Haaaa...kat Puncak Lawang ada orang jual souvenirs tau. Harga murah...Kau bayangkan kain songket yang kita pakai ngan baju kurung tu, kat atas ni diorang boleh letak harga RM18 sehelai. Murah woih...kawan aku borong dekat 10 helai kot..giler...aku tetibe rasa menyesal tak beli..adoiii..xpela bukan rezeki..




 Danau Maninjau

 Kat sini boleh buat paragliding dengan harga tertentu. Aku tak buat sebab takde bajet...sobness.. T_T

 Ini masjid dekat Danau Maninjau. Singgah solat sebelum pergi makan.
Oh ye, untuk turun ke tasik ni kita akan lalu Kelok 44. Tau tak Kelok 44 tu adalah selekoh yang kita perlu turuni dari Puncak Lawang untuk ke Danau Maninjau. Kita akan lalu 44 selekoh tau. Selekoh yang tajam. Sila la bersedia beg plastik kalau anda jenis yang tak tahan..serius la bergelojak segala isi perut nak terkeluar tambah dengan pening2 lalat..hahaa




 Ini lauk pauk orang Minang. Sedap sangat2...kat kedai makan, mereka akan hidangkan kita dengan pelbagai jenis lauk macam gambar di atas ni tau tapi diorg akan kira harga bekas yang anda makan or sentuh sahaja. Jangan la nak menggatal pergi cuit sana sikit sini sikit coz nanti dia akan kira semua harga pinggan tu. Tak ke naya nak bayar tu.
Tapi kalo banyak bajet dan nak rasa semuanya sekali sekala why not kan..terpulanglah pada bajet anda...

 Singgah di Musuem Buya Hamka pula. Tapi tak dapat masuk sebab tutup...sobness...





 Lepas pergi Danau Maninjau kami bergerak ke Pandai Sikek pula. Di sini ada perusahaan kain-kain.
Kena pandai pilih kedai dan  tawar harga ye..





0 comments:

Post a Comment