Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday 22 January 2016

Travelog Melbourne: Hari 4: Flinders Street, Russell Street Graffiti Wall, Queen Victoria Market, Melbourne - Christchurch


 Peta downtown Melbourne CBD

Hari terakhir di Melbourne sebelum berangkat ke Christchurch di sebelah malamnya, kami decide nak berjalan-jalan sekitar town Flinders Street yang menempatkan stesen keretapi utama. Bertentangan dengan Flinders Station terletaknya Melbourne Visitor Centre dan Federation Square tempat pelancong berehat sambil menikmati persembahan jalanan. 

 Flinders Station 





 Graffiti at Russell Street



 Bang Bang Bang


Dari Russell Street kitorg ambil free tram untuk ke Queen Victoria Market plak. 


Lepas dah shopping di Victoria Market, kitorg ambil keputusan untuk balik ke hostel untuk berehat. Ini kerana malam ni kitorg akan berangkat ke Lapangan Terbang Melbourne untuk naik flight ke Christchurch. Flight kitorg ke Christchurch dalam pukul 12 lebih tengahmalam dan dijangka sampai ke Christchurch, New Zealand pukul 5 pagi. 

Pukul 7 lebih kitorg check out dari YHA Melbourne Central hostel dan menapaklah  ke arah Southern Cross Station dengan beg2 yang gedabak itu untuk naik skybus.Minta tolong staff hostel panggilkan teksi diorg cakap teksi takkan ambil penumpang dr hostel untuk ke Southern Cross Station sebab jaraknya yang sekangkang kera je..sob3x...

Dah sampai di airport Melbourne maka terjadilah insiden huru-hara time nak check in Jetstar. Hampir mengamuk & nak menangis juga la waktu tu.

Untuk pengetahuan semua, pasport Malaysia tak boleh nak self check in dekat kiosk Jetstar ye. Tak sure sebab apa maybe kita punya sistem tak tally ngan diorg kot. Makanya beratur la kitorg di kaunter biasa. Time nak check in di kaunter, staff Jetstar ni akan minta itinerary flight pergi balik ye..diulang RETURN flight itinerary plus PRINTED ETA. Kalau tak ada semua di atas dia tak mahu check in kan ko.

Yang tu tak pe lagi, yang aku sikit panas dah kenapa nak ETA printed plak? Dah ada dalam sistem immi Aussie kot..check je la...dari first kitorg masuk Melbourne ok je, ni kitorg nak keluar kot...Majoriti daripada ahli rombongan termasuk aku dah settle check-in...yang jadi biggest problem bila salah seorang ahli rombongan tiada printed ETA kerana apply ETA waktu depan kaunter AirAsia kat KLIA2. Ni sebab tak tengok tarikh tamat pasport tak sampai 6 bulan. Malam sebelum bertolak baru tengok. Apa lagi menggagau la esoknya tu. Dah la sebelum ni apply ETA guna nombor pasport lama. Tak memasal kena apply ETA online depan kaunter AirAsia. Aku la yang tolong applykan,..gigil-gigil tau tangan waktu tu sebab masa untuk check-in dah nak tutup..HUWAAAA...first time tau encounter dengan benda-benda macam ni.. so dia memang tiada printed ETA yang ada just dalam email itupun reference number...haaaaa...

Aku bagitau berulang kali kat staff Jetstar tu pastu dia dok degil sangat tak mau check-in kan...lama giler kitorg kat depan kaunter tu sampai orang-orang lain semua dah naik bengang tunggu kitorg...time tu aku dah tak kisah lantak le yang penting kitorg settlekan check in dulu..last-last dia cakap oklah nanti dia check dalam sistem immi diorg...haishh..jadah sangat kenzzz...kalo dari mula kau buat takdela nak buang masa mcm ni...

Alhamdulillah lepas tu dah settle....makanya kita tunggu boarding utk ke Christchurch sajor...New Zealand mu tunggu aku datang naa...

To be continue....peace ^_^

0 comments:

Post a Comment