Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday 30 January 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 1 - MEL-CHC, Pak n Save, Lake Tekapo

9/11/2015

Kia Ora!!!!

Selepas mengharungi penerbangan 3 jam lebih dari Melbourne, maka tibalah kami di bumi Maori jam 5 pagi waktu New Zealand..Yeahhuuu...seronok-seronok gak tapi dalam hati dub dab dub dab nak hadap imigresen & kastam diorg..dah la bawa bekalan makanan yang banyak dan ada buah2an serta kacang yang dibeli di Melbourne aritu tak habis makan. Dengan gamble nyer aku tick bahagian fruits untuk declare tapi waktu dok cop pasport tu aku tanya la imigresen NZ ni boleh tak bawa masuk fruits & nut walaupun dah declare....so...apakah jawapan si dia??? Jeng jeng jeng....

Of course la a big NO NO NO...dia suruh aku buang semua tu dalam tong sampah yang disediakan sebelum masuk ke ruang pengimbas.. huwaaa...membazir...Jika anda didapati membawa makanan terlarang, anda akan didenda 200NZD tak silap aku..cuba korang check balik ye..jangan sampai duit melayang..200NZD tu darab tiga tau..nangis nak bayor nanti...

Tapi sebelum tu akan ada pegawai yang akan menyelongkar beg-beg anda untuk check jenis-jenis makanan yang dibawa dan a few things yang di declare. Pesanan aku, better letak makanan dan medicine dalam satu beg, so senang nak keluarkan untuk diorg check. Aku pernah terbaca dalam blog yang kadang-kadang akan ada anjing datang sniff (hidu) beg-beg kita tapi alhamdulillah time kitorg aritu takde anjing-anjing tu. Mungkin sebab sampai awal pagi kot. 

Dah settle semua, kitorg lepak di ruang menunggu sebelum ambil kereta sewa dengan  Mr Cameron dari Shoestring car rental New Zealand. Aku booked kereta sewa ni dalam 3-5 bulan sebelum pergi. Ini kerana waktu aku pergi adalah waktu spring dan bulan November. Takut la gak penuh kan. Kebetulan pula waktu tu kat Christchurch ada festival apa ntah so kereta sewa ni banyak yang dah penuh. Nasib baik aku cepat riki ngan diorg ni. Sangat senang nak berurusan dengan Mr Cameron ni.

Mula-mula just pergi website diorg, isi details untuk quotation harga untuk berapa hari pakai, nak kereta jenis apa & nak add on GPS atau car seat for baby. Aku pilih medium car untuk 11 hari bagi 3 orang supaya lebih selesa sebab ada nenek sedara aku pon ikut sekali nanti dan add on GPS which is 8NZD/day. Dah isi details untuk quotation harga, nanti Mr Cameron akan email kita & dia sentiasa akan keep update us pasal booking tu. Time tu kalau korang nak tanya jenis kereta ke insurans ke tips2 itinerary sepanjang perjalanan di South Island tu boleh je. Quotation harga yang dia bagi tak termasuk insurance tambahan tau. Group kitorg ambil insurance 10NZD/day so bond kitorg hanyalah 250NZD di mana dia akan hold dalam credit card kita in case ada kerosakan kat kereta nanti. Kalau tak ambil insurance ni diorg akan hold bond 1,500NZD dalam credit card. Ni link website shoestring: http://www.shoestringrentals.co.nz/

Pukul 7 pagi kitorg call Mr Cameron guna talian free toll yang Mr Cameron bagi kat public phone di airport. Lepas 5-10 minit dia suruh kitorg jumpa dia di bangunan sebelah untuk dibawa ke office diorg untuk sign document. Tak jauh pun office dia dengan airport tu. Dia bagitau semua pasal kereta & cara nak pulangkan kereta jika lepas office hour macam mana and etc. Settle semua makanya bergeraklah kami ke airport balik untuk ambil penumpang-penumpang lain dan bag2 gedabak semua tu.

 Alhamdulillah...akhirnya selamat menjejakkan kaki di Christchurch, New Zealand ^___^

Tempat pertama yang dituju haruslah Pak n Save kat Riccarton Road. Just tulis je alamat kat GPS, nanti dia bawa la korang gi tempat tu ye. Kitorg beli makanan untuk stok 11 hari terus dan at the same time aku pun pergi beli simcard vodafone untuk dipakai sepanjang di New Zealand. Harga NZD48 dengan 3GB data, 200 min calls and 200 text messages. Yang simcard ni kitorg kongsi 3 orang untuk data. Untuk activate simcard vodafone ni kita kena call centre diorg dulu tak silap tapi aku bernasib baik sebab pekerja vodafone kat sana set up & downloadkan apps vodafone siap2 dalam phone aku. Waaa i loike...baik sesangat diorg ni. Ok dah settle semua makanya kitorg start bergerak ke Lake Tekapo menggunakan scenic road.

 Melalui Ashburton

 Mula-mula kitorg jumpa tasik terus menjerit-jerit..waaahhh biruuu nyerrr airrr...
Tu sebenarnya air glacier yang mencair bak kata pegawai alam sekitar yang kitorg jumpa tengah buat sampling air


 Oh tenangnya melalui deretan pokok-pokok ini...

 Mackenzie district welcomes you...

 Bentuk muka bumi South Island New Zealand luas terbentang menyapa mata...

 Lembu famous New Zealand

 Ladang rapeseed. Aku hanya mampu tengok dari jauh je sebab fobia dengan pollen selepas terkena kat Jepun aritu...

  
Lake Tekapo 

Subhanallah...Macam dalam lukisan kan..

 Pemandangan dari tempat penginapan kitorg di Lake Tekapo Motels & Holiday Park.
Kitorg dalam 6 orang  so aku booked holiday home terus sebab dalam rumah tu dah siap ada kitchen bagai & kiranya complete set la.

 Chef-chef beraksi di dapur... ^_-

 Masakan pertama kitorg di New Zealand. Tomyam ayam, ayam goreng kunyit, telur dadar, salad and sambal...nyummsss...

Lepas melantak, kitorg semua apa lagi mandi & membuta la...dari awal pagi kot berjaga..lepas touch down je terus drive ke Lake Tekapo dari Christchurch...pergh memang keje giler betul..tu gilir2 drive tu..rabak mata woihh..alhamdulillah semua selamat sampai..

Jika berminat nak stay di sini boleh rujuk link: http://laketekapo-accommodation.co.nz/

0 comments:

Post a Comment