Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday 15 July 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 9: Fox Glacier, Franz Josef Glacier, Greymouth

Maaf terlambat update trip New Zealand...dengan sibuk berpuasa dan berayanya serta iols baru balik bercuti dengan adeks2 balik kampung kita nun..hehe..mana lagi kalo bukan negara kimchi..itu trip iols b4 puasa haritu ye...ahaks...Ok2 jom kita start balik post NZ ye...

17/11/2015

Hari ini selepas check out dari Ivory Tower Backpackers Lodge, kami bertolak ke Fox Glacier untuk tengok glacier tapi malangnya tak nampak apa-apa sebab berkabus so kitorg decide untuk pergi ke Franz Josef Glacier pula.

Perubahan glaciers dari tahun 2008 ke 2012 dipercayai akibat climate change.
 
Berkabus...ketika trackking di sini cuacanya tak menentu..kadang-kadang hujan dan mendung..
Trackking kat sini lebih kurang 20-30 minit la gak..just jalan slow2 je ye..

Glaciers dilitupi oleh suasana berkabus

Aliran air sungai cetek dipercayai daripada glaciers yang mencair..

Tak sah kiranya datang ke New Zealand tak jumpa dengan lembu-lembunya...

Kami meneruskan perjalanan untuk ke Greymouth. Dari Franz Josef untuk ke Greymouth mengambil masa lebih kurang 3 jam.


Pemandangan di bandar Greymouth.

Di sini kami bermalam di Greymouth Seaside Top 10 Park.

0 comments:

Post a Comment