Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, 18 July 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 11: Christchurch city, CHC-MEL-KUL

19/11/2015

Harini hari last kitorg di South Island, New Zealand. Sob3x...sedihnya....so harini selepas breakfast, kitorg check out tapi kitorg tumpang simpan beg2 kat tempat penginapan & decide nak tour sekitar bandar Christchurch sampai petang. Flight untuk balik ke Melbourne pukul 8 malam nanti.

Kontena yang dijadikan kedai-kedai selepas kejadian gempa bumi lalu.



Di sini kita boleh ambil tour untuk mendengar penerangan mengenai kejadian gempa bumi di Christchurch beberapa tahun lepas dengan kadar bayaran NZD20 kalau tak silap.

Nak beli souvenirs murah boleh cari kedai DF Souvenirs yang boleh dijumpai di Queenstown dan bandar Christchurch.

Jom kita naik tram pusing-pusing bandar Christchurch. Bayaran untuk tram ni tak silap dalam NZD20 kot untuk sehari. Kita boleh hop on hop off bila-bila yang kita nak. Setiap kali nak naik kena tunjuk tiket je. 

Bangunan rosak dan masih dalam pemulihan kesan gempa bumi



Dalam tram.

Laluan tram.



Dah habis pusing-pusing city tour, petang tu kitorg pergi ke motel yang kitorg stay untuk ambil bag sebelum hantar kereta di airport. Kereta sewa kena hantar kat tempat yang kita ambil dulu ye.

Alhamdulillah roadtrip South Island, New Zealand kini sampai ke penghujung. Perjalanan mengambil masa selama 11 hari sejauh lebih 3,000km bermula dari Christchurch-Lake Tekapo-Mount Cook-Lake Pukaki-Cromwell-Queenstown-Glenorchy-Arrowtown-Te Anau-Milford Sound-Nugget Point-Dunedin-Wanaka-Fox Glacier-Franz Josef-Greymouth-Christchurch. Memori yang tak akan aku lupakan. The best trip so far. InsyaAllah akan kita bertemu lagi suatu hari nanti 😘😍😉. Separuh hatiku tertinggal di sini ❤️❤️

Flight kitorg ke Melbourne pukul 8pm. Sampai di Melbourne kitorg overnight kat airport Melbourne sebelum ambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur keesokan paginya.

pssssstttt.....ada yang nak iols share itinerary trip Melbourne & South Island New Zealand tak? (^_-)



0 comments:

Post a Comment