Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 17 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 2: Harbour Town

Hari kedua, kami dibawa ke Harbour Town. Bila nak pergi Harbour Town ini disarankan pergi la satu hari terus ye. Sebab apa ye?? Mesti la sebabbbbb....it is SHOPPING time!!! Shopping dengan perempuan kan memang tak boleh dipisahkan. Mana cukup setakat 2-3 jam. Satu lagi, sebabnya adalah di sini waktu operasi tak la macam Malaysia yang sampai ke malam. Setiap hari, waktu operasinya adalah dari pukul 9am hingga 5pm, kecuali hari khamis waktu operasinya adalah 9am hingga 9pm. 

Ok, kalo nak ke Harbour Town ni ia memakan masa dalam satu jam lebih perjalanan dari Keswick menggunakan Metro bas Adelaide. Ini kerana, kitorang kena tukar-tukar bas. First, kami naik bas 720H untuk ke City. Then berhenti kat Stop 1A -Sir Donald Bradman Dr-North Side. Pastu pergi ke Stop 5A -Sir Donald Bradman Dr-South Side untuk tunggu bas J1. Selepas 18 hentian, atau dalam 30 minit, maka sampai la Harbour Town. Bas ni akan berhenti betul di hentian Harbour Town tau. 

Don't worry, kalo ada nampak bangunan nak mcm JPO kat Johor tu haaa tu la Harbour Town. Harbour Town ni, dia seketul tu je dekat atas padang yang luas. 


Kad bas ni kawan saya yang belikan. Berfungsi seperti touch n go, tp boleh guna untuk semua metro bas sahaja & boleh topup di kedai macam 7eleven.


First, nak habaq mai la no...I do not own both pictures at Harbour Town. Waktu sampai kat sini aritu, sumpah lupa nak ambil gambar. Mata dah berpinar tengok sale merata tempat. 

Mula-mula ketika melangkah masuk ke sana, apa yang terlintas di fikiran saya adalah tempat ini boleh dikatakan seperti Johor Premium Outlet (JPO) di Malaysia. Dan semestinya ia adalah syurga syurga membeli-belah buat 'kaki shopping'. Oleh itu, kepada 'kaki shopping', anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk melawat ke Harbour Town kerana di sini, ia menawarkan barang-barang berjenama dengan harga yang lebih rendah berbanding di kompleks membeli-belah yang lain. 

Dan, apa yang lebih menarik di sini, anda boleh tawar-menawar lagi walaupun harga yang diberi adalah selepas diskaun dan ada di sesetengah kedai, diletakkan papan tanda 'Please bargain'. Wah sangat menarik kan? Pastinya kepada 'kaki shopping' anda akan menjadi tak keruan. 




Ketika asyik melihat barang-barang, tiba-tiba penggera keselamatan bunyi tanpa henti, dengan serta merta kami diarah untuk ke tempat perpindahan kebakaran dan segala aktiviti perniagaan dihentikan. Selepas beberapa minit, kedengaran bunyi siren jentera bomba tiba di tempat kejadian. Saya diberitahu, sensor kebakaran mengesan asap di dalam salah sebuah bangunan. 

Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang serius tetapi ia hanyalah asap yang dikesan dalam salah sebuah tong sampah di situ. Apabila diselidiki, rupa-rupanya terdapat puntung rokok dibuang ke dalam tong sampah terbabit, hingga menyebabkan asap memenuhi ruang berkenaan. Apa-apa pun, saya sangat tertarik dengan perkhidmatan pihak berkuasa Adelaide yang pantas dalam menyelesaikan kejadia-kejadian yang tak diingini dan apa yang menariknya, setiap bangunan dan rumah di Adelaide, mempunyai sambungan penggera terus ke jabatan bomba. Tetapi, jika penggera kebakaran berbunyi atas kecuaian penduduk, mereka boleh disaman. 

Lepas pihak bomba clarify bangunan selamat, maka semua pengunjung dibenarkan masuk ke dalam bangunan balik dan sambung shopping. 

1 comments: