Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 17 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 3: Kanggaroo Island (Sandboarding at Little Sahara, Kelly Hill Cave)

Hari ke-3 di bumi Adelaide, seawal jam 5.30 pagi waktu tempatan (2.00 pagi waktu Malaysia), kami meneruskan perjalanan ke Kangaroo Island. Mula-mula dari Keswick, kami kena ambil bas untuk ke stesen bas utama yang terletak di The City. Dari City, kami bergerak ke Cape Jarvis dengan menaiki bas yang mengambil masa dua jam sebelum meneruskan perjalanan menggunakan feri ke Penneshaw. Di Kanggaroo Island ni kami sewa kereta tapi semuanya diuruskan oleh kawan saya. Minta maaf kerana tak dapat nak provide info berkaitan. 



Jeti di Kanggaroo Island




View sekitar Kanggaroo Island


Belakang tu feri yang kami naik.

Bertempat di Little Sahara, kami tak melepaskan peluang melakukan aktiviti meluncur pasir atau dikenali sebagai 'sandboarding'. Pengalaman pertama meluncur pasir sangat mengujakan. Sandboarding di Little Sahara adalah antara aktiviti yang menjadi pilihan pelancong ketika datang ke Kangaroo Island.  Sempat juga kami merasai ribut pasir ketika  nak mendaki untuk sampai ke puncak luncuran, penatnya bukan main lagi. Tapi, sebaik sahaja mula meluncur semua keletihan hilang diganti dengan rembesan adrenalin  mencetuskan perasaan teruja. Sangat seronok.



Sesi termakan pasir. Seluruh badan diselaputi pasir. Bak kata kawan saya tu, 'baru aku tau rasa pasir tu mcm mana'. Orang tua cakap kalau nak kahwin kena ada pendapatan yang boleh sara anak bini, kalau tak, takkan nak bagi makan pasir kot kan..dan kini, kami dah rasa pasir tu mcm mana... ;p

Di Kangaroo Island, kami turut melawat Kelly Hill Cave. Apabila dilihat di persekitaran ini, kawasannya hanya mendatar. Tertanya-tanya juga, di manakah terletaknya gua berkenaan? Apabila kami tiba di check point untuk menunggu pemandu arah, terdapat sebuah pondok dengan sebuah pintu. Rupa-rupanya, gua ini terletak di bawah tanah kerana kami perlu menuruni anak tangga untuk sampai ke bahagian perut gua. Menurut pemandu pelancong gua kami,  Cassie, gua batu kapur ini menempatkan beberapa jenis stalaktit dan stalagmit.  Kami dibawa ke bahagian gua yang paling dalam dan dengan menyalakan sebatang lilin, pemandu pelancong menyuruh kami berada dalam bulatan sambil beliau menceritakan sejarah gua ini.


Nama gua ini berasal daripada cerita rakyat suatu masa dulu di mana terdapat seorang pengembara bersama kudanya telah menemui gua ini secara tidak sengaja apabila beliau tiba-tiba terjatuh ke dalam gua ini. Dan ketika beliau kembali dari meminta pertolongan penduduk kampung untuk meyelamatkan kudanya, didapati kuda berkenaan telah hilang di dalam gua itu. Sehingga kini, kuda berkenaan tidak dijumpai, dengan itu nama gua ini diberi sempena nama kuda pengembara berkenaan iaitu Kelly. Buat seketika, api lilin tadi dipadamkan, dalam suasana yang gelap serta sejuk, kami diminta untuk menghayati pengalaman pengembara itu. Meremang juga bulu roma apabila mengenang kembali perasaan pengembara yang tersesat di dalam gua yang gelap dan sejuk seperti itu.



Memandangkan kami tidak bermalam di Kangaroo Island ini, maka ada beberapa tempat utama yang lain tidak sempat kami lawati contohnya, Remarkable Rocks, Flinders Chase National Park, Seal Bay dan banyak lagi.

p/s: Gambar-gambar lain di Kanggaroo Island akan diupload selepas masalah external masuk virus diselesaikan. 

1 comments: