Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 10 September 2014

Hari 2 & 3 - Travelog di Pulau Pangkor

Hari kedua di Pulau Pangkor, kami bangun awal pagi sebab dah booked pakej island hopping & snorkeling dengan Pak Jai kat Horizon Inn, Teluk Nipah. Pakej untuk 2 orang naik bot kecil berharga RM50, so, seorang dalam RM25 sahaja. Hmmmm....berbaloikah pakej ni? Murah kah? Saya pun tak sure sebab ini first time kami pergi Pulau Pangkor. Tapi rasanya worth it kot, sebab pakej ni termasuk goggle.

Untuk aktiviti island hopping & snorkeling better pergi pagi dalam pukul 8.30-9.00 sebab waktu itu air tak pasang lagi & pemandangan laut dan pantai menyegarkan. Selepas sarapan di hotel, kami pun berangkat la ke Teluk Nipah. Dari hotel, perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit. Jalan untuk ke Teluk Nipah dari Pasir Bogak boleh tahan berliku & berbukit-bukau (oveerrr tau statement). Nasib kami ambil kereta manual, ok la sikit time nak naik bukit-bukit tu. Selepas jumpa brother yang in charge pakej ni, kami dibawa menaiki bot kecil yang disediakan. Lepas dah island hopping, maka tibalah masa untuk snorkeling...weeehhhuuu..




Kami dibawa dan dibiarkan di Pulau Giam. Adik yang bawa bot ni akan tanya kita, nak balik pukul berapa? So that dia akan datang pada waktu yang kita mahukan nanti. Jangan risau, di Pulau Giam ni, bukan hanya kita sahaja tetapi ramai lagi pelancong lain. Pulau Giam adalah tempat tumpuan untuk pelancong buat aktiviti snorkeling. Mula-mula tu takut-takut la juga, just main di gigi air je. First time kot..huhu. Dengan bekalan roti yang diberi, kami pun taburkan ke dalam air. Tiba-tiba banyak ikan datang serbu di sekeliling badan saya. Sangat cantik ikan-ikan di sini. Subhanallah.. & the rest is history.






Selepas bersnorkeling, kami pun berangkat pulang ke hotel untuk membersihkan diri. Aktiviti seterusnya kami plan ke Kota Belanda. Tapi sebelum tu mesti la pergi isi perut yang dah berkeroncong ini dulu. Tapi dimanakah kedai makan yang murah di Pulau Pangkor ni ye? Sebab dengar cerita makanan di sini boleh tahan mahal harganya. Brother Horizon Inn tu bagitahu, kedai makan Hasnah yang terletak berhadapan Balai Polis dan untuk makanan seafood kedai makan bersebelahan Hotel Coral Bay menawarkan harga makanan yang agak murah.






Keesokan harinya kami pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Annyeong Pulau Pangkor. Till we meet again :)



6 comments:

  1. Nice review !
    Jalan bukit-bukit di Pangkor ni tinggi-tinggi tak? Ingat nak kayuh basikal.

    ReplyDelete
  2. Thanks (^_^). Jalan dari Pasir Bogak ke Teluk Nipah boleh tahan tinggi la juga (bagi saya la). Maybe kalau awak ada fitness yang tinggi boleh je nak kayuh basikal. Awak cuba dulu, nanti kongsikan pengalaman ye.

    ReplyDelete
  3. pakej apa ye bot kecil ni? boleh saya dptkan no? :)

    ReplyDelete
  4. @Nasyitah Faris: Awak boleh cuba hubungi Horizon Inn ditalian +60 5 685 3398 /
    +60 5 685 3399 dan bertanyakan mengenai pakej yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  5. Tumpang tnya,sy dh book hotel kt palma resort dekat teluk nipah..sy still boleh ikut pakej horizon inn ni ke?horizon inn ni hotel ke?

    ReplyDelete
  6. @nazran johari: boleh..aritu sy just amik pakej snorkeling je ngan diorg...cuba call diorg tanya mcm mna..ataupun kalo awak pegi ikut Lumut, awak akn jumpa seorang brader yg jual pakej ni kt depan kaunter tiket feri,so boleh la riki2 tgk...

    ReplyDelete