Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 29 June 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 5: Tokyo (Asakusa, Akihabara, Harajuku, Shibuya)

Keesokan harinya perjalanan diteruskan ke Tokyo. Kali ni kami pergi berempat je. Makanya bermulalah pengembaraan kitorang sesat-sesat kejar train...muehehehe...I loike sesat-sesat di negara orang..

Harini kitorg keluar lambat sikit..sempat la mendobi apa yang patut dulu kerana esok (hari ke-5) kitorg akan berangkat ke Osaka pulak pagi-pagi. Aku plak ambil kesempatan malam sebelum tu untuk makan ubat selesema yang memang kaw-kaw btol, yang kalo ko baling mercun kat sebelah telinga pon belum tentu akan terjaga..haha..

 Beratur jangan tak beratur ye kak..

 Di Tokyo, kitorg plan nak jumpa kawan Athirah di Asakusa. Kawan Athirah ni Japanese tau..comel je orangnya

 Jom bergambar dulu.

Yang kiri sekali tu kawan Athirah, Yuri namanya...comelkan orangnya. Kat Asakusa kitorg gi makan kat Ippin restaurant.


Aku pilih ramen untuk lunch. Dapnyer...nom nom nom...

Ni menu set yang ada di Ippin Restaurant Asakusa

Ni map restoran halal di sekitar Asakusa.


 Sakura mochi...boleh tahan..dalam tu ada inti kacang merah..tapi daun sakura tu a bit masin la..

 Haa pilih kak jangan tak pilih...well fridge magnet yang kitorg tengah pilih tu much cheaper compare dengan fridge magnet biasa tau..hanya 180 yen je harganya..
kalo yang biasa tu mau 350 yen..oh menangis nak beli tau..kalo stakat nak beli sekeping dua boleh la..masalahnya aku kena beli lebih daripada 10 keping...

Ni contoh fridge magnet yang berharga 180 yen sekeping

 Suasana di sekitar Asakusa


Muka eksaited dah sampai Akihabara
Kami dah...anda bila lagi? :P

 Di sekitar Akihabara


Masih di Akihabara
 Jalan sekitar Harajuku...Kat Harajuku teringin nak tengok orang pakai cosplay tapi tak jumpa la plak..ke kitorg salah street? ke cosplay ni ada waktu-waktu tertentu je? hmmm...sedey tak jumpa pun diorg ingat nak bergambar...sob3x..

 Dari harajuku kitorang berjalan ke Shibuya...

 Ya...inilah shibuya crossing yang famous amos tu..


Hachiko statue

Subway kat sini sangat menepati masa dan mempunyai sistem transit aliran yang sangat luas yang kadang kala agak mengelirukan. Bagi aku la kan, subway di Jepun lebih kompleks berbanding subway di Korea Selatan. Di Tokyo, kami melawat ke Asakusa, Akihabara, Harajuku, Shibuya dan Shinjuku.  

Tapi seriously, hari melawat Tokyo ni aku rasa kaki macam nak tercabut...well actually sepanjang trip ni gak la sebenarnya...ahahaha...sebab kitorg bukan saje berjalan dari satu tempat ke tempat lain tetapi juga kitorg berlari kejar train takut tertinggal then nanti tiba-tiba stranded kat mana-mana station plak kan...

1 comments:

  1. Salam Ili

    1st time singgah sini..best blognya..boleh jadi rujukan utk trip jepun saya ne...cepat2 ekkk buat entry sambungan hehehe.

    ReplyDelete