Perjalanan dari Shah Alam ke Lumut mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Sampai je di Jeti Lumut menggagau la kami cari tempat parking. Ada sebuah bangunan majlis perbandaran ni bertulis parking bertingkat, berbumbung dan charge dikenakan ikut jam, iaitu sejam 60 sen sahaja. So, nanti korang kira sendiri la ye berapa jam yang korang parking. Sebelum ke kaunter nak beli tiket feri, kami disapa seorang brother ni, dia ada jual pakej snorkeling, kereta sewa & hotel di Pulau Pangkor. Memandangkan kami dah booked hotel, makanya kami just ambil pakej snorkeling dengan brother ni. Pakej snorkeling + island hoping bagi 2 orang RM50, so bahagi dua, jadi la seorang RM25. Boleh tahan murah juga rupanya. Pakej tu sekali dengan goggle ye.
Tiket feri dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor hanyalah RM10 pergi balik dan memakan masa lebih kurang 30-40 minit. So, simpan elok-elok ye tiket tu time nak balik nanti. Tapi kena ingat ye, feri akan berhenti di dua perhentian, satu di Kampung nelayan & satu lagi baru la di jeti Pangkor. So, make sure turun di hentian yang kedua ye. Kami tak ambil pakej kereta sewa dengan brother atas ni, sebab kami cakap nak pergi cari di jeti Pangkor mana la tau dapat lagi murah kan. Nasib kami agak baik, sesampainya kami di Pangkor, ramai dealer kereta sewa & teksi dok beratur panjang tunggu customer. So, pilih je mana yang berkenan. Hehe...
Di Pulau Pangkor ni, pelancong boleh sewa motosikal dengan harga RM30 satu hari dan kereta manual-auto dalam RM 60-80 sehari. Kalau pergi dengan family & malas nak drive, boleh je naik teksi which is van pink (kenderaan pelancong di Pulau Pangkor). Kadar harga bagi van pink ni saya tak pasti pula berapa, tapi menurut brother yang saya jumpa di jeti Lumut tu dia bagi tahu sebuah van dalam RM22 sekali naik kot..sorry yang ni saya tak berapa pasti. So, kami decide ambil kereta sewa untuk memudahkan kami menjelajah Pangkor ikut waktu yang diingini & kami ni tak tau bawa motosikal. Sadis kan :(
Ok, kami sewa kereta manual iswara untuk 2 hari RM120. Ni kami ambil kat uncle Ah Meng. Mula-mula tengok kereta, terkejut gak la, dah macam nak reban (bak kata orang utara). Adeyh. Tapi masih boleh bergerak & OK la condition kereta tu. Tapi Ah Meng tu ada bagi name kad dia, so in case ada apa-apa masalah nanti just call dia. Sebelum ke hotel yang terletak di Pasir Bogak, kami pergi isi minyak di stesen minyak Buraq Oil. Seterusnya bergeraklah kami ke Coral Bay Hotel. Hotel ni betul-betul kat tepi jalan dan jaraknya dari jeti Pangkor tak la jauh pun, just dalam 10 minit je. Kalau nak ke hotel ni, dari stesen minyak tadi tu, belok kanan, then jalan terus je dan korang akan jumpa balai polis, perpustakaan awam. Dari situ terus je lagi, sampai la korang jumpa hotel tu di sebelah kiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej tour yang ditawarkan oleh Horizon Inn Pulau Pangkor boleh rujuk link dibawah ye:
Horizon Inn
Horizon Inn
Lot 4438, Teluk Nipah
32300 Pulau Pangkor, Perak
Malaysia
Tel: +60 5 685 3398 /
+60 5 685 3399
Fax: +60 5 685 3388
Tiket Feri return - RM10
Pakej snorkeling + island hoping - RM25
Kereta sewa - RM120 - 2 hari
Hotel Coral Bay Pangkor, Pasir Bogak - RM 178 3d2n -divide by 2 pax- RM89/pax
Parking Jeti Lumut : 2 hari - RM28
Pakej yg brother tu offer brpe ye ? Including hotel sume
ReplyDeleteSesiapa yang ingin mengetahui mengenai pakej tour Horizon Inn tawarkan boleh cuba contact nombor ini:
ReplyDeleteHorizon Inn
Tel: +60 5 685 3398 /
+60 5 685 3399
salam ada no uncle tu
ReplyDelete@azerool: Maaf xde...nanti sy try cari balik & tanya kawan kalau dia ada lg..kat Jeti Pangkor selalunya akan ada ramai tauke2 kereta sewa ni akan approach kita..so boleh survey kt sana terus..
ReplyDelete